Sindrom usus (IBS) adalah keadaan yang kadang-kadang amat menyakitkan dan menyebabkan rasa kurang selesa. Boleh dikatakan masalah yang sering dihadapi dikalangan sesiapa sahaja seperti rasa senak dan kembong perut. Terasa sebu dan berangin, loya dan rasa nak muntah.
Situasi ini selalunya berlaku berpunca akibat kekejangan perut. Ia juga melibatkan serangan bersama-sama dengan sembelit, cirit-birit, atau kedua-duanya berselang-seli antara satu sama lain.
Kebanyakan kes secara amnya adalah dikatakan kerana terlalu banyak makan, makan secara tergesa-gesa, memakan makanan berlemak dan berminyak, pengambilan alkohol berlebihan, makanan yang berempah dan pedas.

Daun Pudina Mengurangkan Masalah Sindrom Usus
Daun Pudina atau Peppermint dari dahulu lagi telah diketahui banyak khasiatnya untuk kesihatan. Banyak digunakan dalam masakan dan minuman sebagai perisa atau aroma tambahan bagi meningkatkan rasa, bau dan kesegaran.
Daun pudina juga sangat menyegarkan dan meninggalkan bau yang baik di dalam mulut.
Tetapi tahukan kita bahawa manfaat utamanya adalah sebagai ejen pencernaan yang membantu memudahkan penghadaman dan perkumuhan?
Terdapat kajian terkini menunjukkan bahawa daun pudina mungkin satu rawatan alternatif yang berkesan untuk sindrom usus terganggu.
Samada daun pudina & minyak pudina dapat membantu untuk mengelakkan rasa senak perut dan sembelit, merawat sakit kepala, kerengsaan kulit, rasa loya, cirit-birit, senggugut, perut kembung, dan kebimbangan yang berkaitan dengan kemurungan.
Menthol dan metil salisilat iaitu bahan-bahan utama dalam pudina, mempunyai kesan antispasmodic pada saluran gastrousus. Peppermint menenangkan otot-otot perut dan meningkatkan aliran hempedu yang digunakan oleh tubuh untuk mencerna lemak bagi memudahkan makanan melalui perut dengan lebih cepat.
Peppermint juga membantu melegakan otot-otot bagi membolehkan gas pencernaan yang menyakitkan untuk lulus keluar. Beberapa ujian menunjukkan pudina mampu membunuh beberapa jenis bakteria, kulat, dan virus. Ia mungkin mempunyai sifat-sifat anti-bakteria, anti-kulat, dan anti-virus.
Walau bagaimanapun, jika gejala-gejala senak perut adalah berkaitan dengan keadaan yang dipanggil penyakit refluks gastroesophageal atau GERD (masalah pedih ulu hati), anda tidak digalakkan menggunakan pudina.